Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Setiausaha Agung Majma' Jahani Ahlul Bait memaklumkan pihaknya akan mengutuskan surat kepada para ulama Sunni dan Syiah di seluruh dunia mengenai kepentingan menangani isu Takfiri dengan cara memberikan penerangan kepada masyarakat awam.
Hujjatul Islam Wal Muslimin Muhammad Hasan Akhtari berkata, "Beberapa surat ditulis untuk ulama dunia Islam seperti ulama Pakistan, Afghanistan, Iraq, Malaysia termasuklah presiden republik Indonesia."
Menurut beliau, sudah menjadi tanggung jawab pertubuhan Majma' Jahani Ahlul Bait bagi membela nasib umat Islam terutamanya pengikut Ahlul Bait (a.s) di seluruh dunia.
"Sebagai pengikut Imam Khomeini dan Pemimpin Tertinggi Revolusi, kita tidak mempunyai sebarang kepercayaan bertindak menurut cara Wahabi - Takfiri.
"Bagi menghadapi golongan yang menentang ajaran Ahlul Bait (a.s) dan Islam murni Muhammadi, yang memfitnah dan melontarkan tuduhan, kita akan memberikan penerangan kepada umat Islam dan menjawab keraguan berat sebelah golongan tersebut." Tutur beliau.
Akhtari menerangkan, bukan hanya Syiah sahaja yang tidak menerima Salafi atau Takfiri, bahkan Ahlusunnah pun begitu juga. Sambil mengibaratkan golongan itu sebagai barah umat, beliau menegaskan, "Wahabi dan Takfiri merupakan boneka kuasa angkuh dunia. Kita perlu menghebahkan pemikiran kotot mereka kepada penduduk dunia melalui media dan persidangan."
Mengenai kegiatan terbaru Majma' Jahani Ahlul Bait, beliau berkata, "Percetakan dan pengedaran buku, artikel dan risalah yang berkaitan dan efektif dalam berbagai bahasa, termasuklah mengadakan persidangan dan seminar dengan mengundang berbagai ulama sebagai penerang dan penganalisa dari berbagai pandangan merupakan kegiatan-kegiatannya."